Monday, 13 January 2014

MENARIK! Apex & Leuniey Bakal Timang Anak Akhir Januari ini?


Apex (Khairul Fahmi) dan isterinya Leuniey Natasha dikatakan bakal menimang cahaya mata yang pertama pada hujung bulan Januari ini. 

“Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa dan aral melintang, Leuniey akan bersalin pada akhir bulan ini di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu.

“Kami gembira dan teruja menanti kehadiran anak sulung dengan segala persiapan termasuk persalinan dan pakaian bayi yang bakal digunakan pun sudah dibeli,” katanya.

Apex ditemui media ketika sesi rehat minda bersama rakan sepasukan The Red Warriors (TRW) di Tok Aman Bali Resort, di sini, semalam.

RATUSAN KUCING MENJADI MENU PELIK DI SEBUAH RESTORAN


Kucing dan anjing , adalah haiwan manja yang banyak dipelihara manusia . Mereka adalah haiwan yang penuh kasih sayang dan kesetiaan . Dan masih banyak lagi haiwan seperti mereka , orang utan misalnya . Namun belakangan ini semakin banyak khabar yang kurang baik  tentang bagaimana orang - orang memperlakukan binatang untuk kepentingan wang .

Mengesan pelbagai maklumat di media , ada sebuah kisah memilukan dari China pada awal tahun ini . Sekitar 1000 kucing berjaya diselamatkan dari ' jalan menuju maut ' selepas sebuah kemalangan membuat lori yang mengangkut kucing - kucing ini terguling . Ada banyak tempat yang dibuat seadanya , memuat banyak sekali kucing dengan sangat tidak berperikemanusiaan .


Kucing itu dijel dalam 40 kotak kayu . Namun terselamat kerana lori itu mengalami kemalangan dan menarik perhatian banyak orang di Changsha , Hunan , saat melihat banyak tempat dengan tangan - tangan kecil berbulu dan suara yang menghiris hati . Kucing - kucing ini trauma , takut dan kelaparan .

Warga Changsha yang melihatnya TERUS berusaha menyelamatkan kucing - kucing malang ini . Dengan bantuan seadanya mereka berusaha memberikan air , susu dan makanan . Beberapa orang mengeluarkan kucing - kucing itu untuk segera dibawa ke Changsha Small Animal Protection . Namun beberapa di antaranya ada yang turut mati kerana kemalangan ini .


Yang lebih sadis lagi , apabila trak ini tidak mengalami kemalangan , mereka akan membawa para kucing ke restoran untuk dijadikan bahan makanan dan dimakan oleh manusia . Kucing ini didapati dari petani - petani yang menggemukkan mereka dan menjualnya demi mendapat pendapatan tambahan . Bahkan di beberapa restoran , mereka mempersilakan pelanggan memilih kucing yang mereka mahu dan chef akan mengolahnya menjadi makanan .

Entahlah , ini hanya sebuah gambaran kecil di antara masih banyak lagi pembunuhan keji haiwan oleh manusia . Bahkan haiwan yang biasa dimakan manusia seperti lembu , kadang tak diperlakukan dengan layak saat penyembelihan , seperti digelonggongi agar dagingnya kelihatan segar dan besar .


MENARIK! Johan dan Isteri pergi menunaikan haji selepas menang saman?



Menerusi akaun Instagram milik Johan dan Ozlyn kita dapat lihat jelas kegembiraan mereka setelah memenangi saman 1 juta. Mereka terus menggunakan duit itu bg menunaikan umrah sekeluarga

“Alhamdulillah.. kami suami isteri sudah selamat sampai di Madinah.. buat abah, mak, popo, anak-anak dan semua sahabat handai InsyaAllah kami doakan untuk kalian juga.”

Admin yakin, pemergian pasangan ini menambahkan lagi kegembiraan mereka yang baru memenangi saman sebanyak RM1 Juta terhadap pengarah filem, Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi, Juara Film Production Sdn. Bhd.